Kemanakah aku suatu hari nanti?Saturday, 12 January 2013 | 08:07 | 0 speak(s)
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Luahanku berbentuk sebuah sajak yang entah betul ke tidak.. :(
Luahanku berbentuk sebuah sajak yang entah betul ke tidak.. :(
Ramai yang melihat perilaku luaranku,
ramai yang menilai diriku dari luaranku,
umpama aku seorang yang hipokrit,
Namun mereka tidak tahu,
Siapakah diriku....
Tapi..
Hanya Dia Yang Tahu,
Siapa dan apa yang ada pada diriku,
Hanya Dia Yang Tahu,
apa yang sedang aku alami,
Hanya Dia Yang Tahu,
apa yang sedang aku rasakan,
Kegembiraan, 'fake' smile,
yang hanya untuk menutupi kesedihan yang sedang aku alami,
Hanya Dia Yang Tahu,
tujuan setiap apa yang aku lakukan,
Adakah ianya membawa kebaikan ataupun sebaliknya,
Hanya Dia Yang Tahu,
tahap-tahap kesabaranku,
selama ini memang aku bersabar,
tetapi setiap sesuatu tentu ada batasnya,
begitu juga diriku,
ada batas kesabaranku,
Hanya Dia Yang Tahu,'betapa besarnya egoku,
ego seorang kanak-kanak,
ego seorang remaja,
ego seorang anak,
ego seorang gadis,
ego seorang Hamba Allah..
Hanya Dia Yang Tahu,
Apa pendirianku,
Apa keputusanku,
Apa tujuanku,
Apa matlamatku,
Hanya Dia Yang Tahu,
mengapa aku begini,
menolak tawaran yang sedia ada,
yang menjamin masa hadapanku,
yang terbaik untukku,
Hanya Dia Yang Tahu,
mengapa aku ingkar,
ingkar kepada yang lebih tua,
ingkar kepada yang sepatutnya aku akur dan hormat,
kerana...
aku juga mempunyai hak,
hak untuk menentukan masa hadapanku,
hak untuk menjalani hidupku,
hak sebagai seorang pelajar muslimat..
Hanya Dia Yang Tahu,
Hanya Dia Yang Menentukan,
No one can STOP Him,
include YOU !!
What He wants, He will get.
Dia suruh melepaskan yang terbaik untuk ku, kerana...
Dia ingin memberikan yang JAUH LEBIH BAIK dari apa yang aku inginkan..
*Maafkan aku wahai keluargaku, tetapi, aku tetap dengan pendirianku. Aku tahu, kalian berniat baik untuk menghantar aku ke MRSM ULUL ALBAB itu, walaupun sanggup membiayai yuran dan segala keperluanku. Tetapi, aku yakin, aku akan berjaya dalam mencapai cita-citaku suatu hari nanti.*
Sekian, Wassalamualaikum... :)
-apa yg mr.box alami di atas, begitulah aku-




Template: 